Panitia Fizik SMSL membuka blog ini sebagai blog induk bagi melaporkan akltiviti-aktiviti berkenaan Panitia Fizik SMSL, medan rujukan P&P pelajar Tingkatan 4 dan 5. Dengan itu semua blog-blog lama akan di"link" melalui blog ini.
SELAMAT MELAYAR WEB-BLOG INI.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI.JUMPA LAGI

Tuesday, December 4, 2012

SELAMAT TINGGAL..SELAMAT JALAN...

Assalamualaikum....
Makluman kepada semua pembaca blog ini terutama kepada pelajar-pelajar dan rakan-rakan guru.
Alhamdulillah..permohonan perpindahan cikgu telah diluluskan. Cikgu akan memulakan kehidupan baru di SMAP Bentong bagi tahun 2013. Jadi disini cikgu ingin memohon maaf jika ruangan blog ini mungkin tidak berapa dikemaskini lagi nanti. Terima kasih kerana membaca blog Physics@SMSL, PhysicsFormFour@SMSL dan PhysicsFormFive@SMSL selama ini. Walaubagaimanapun terletak kepada tangan cikgu Jaliha untuk meneruskannya jika da kelapangan. Diharap cikgu telah membantu anak2 dan rakan-rakan..

Sekali lagi , jika ada salah silap harap diampun dan maaf dipinta. Sekian.

Cikgu Aizasharizam
(SMSL in MyHeart 2003-2012)

Tuesday, October 23, 2012

Kastek 2012 (PROGRAM SELEPAS PMR)

Taklimat Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
Isnin:22/10/12- Taklimat
Selasa:23/10/12- Bengkel
Rabu: 24/10/12-Pertandingan

Saturday, July 28, 2012

SINDEX

Congrats to all Sabah Invention & Design Exhibition participant


Friday, January 27, 2012

Tuesday, August 23, 2011

Gred Purata Dan Target SPM Fizik 2011 Sekolah, Untuk Renungan Bersama

GRED PURATA DAN TARGET
Tahun 2011 mensasarkan SPM Fizik dalam G.P sekitar 2.14. Nilai GP yang semakin rendah, adalah semakin baik. Untuk SPM 2010,tahun lepas kita SMSL Fizik hanya mendapat 3.97, suatu jumlah yang agak besar bagi sebuah sekolah SBP. Pencapaian terbaik dan dijadikan benchmark bagi SPM (sistem gred baru) ialah pada tahun 2009 iaitu 2.96. Maka, jika target 2.14 tercapai...anda SPM 2011 telah memecah rekod!

Walaubagaimanapun, SPM 2011 agak jauh sebenarnya untuk memintas SPM 2009. Jika dilihat graf 4, SPM 2011 telah 2 kali dipintas dalam ujian dalaman sekolah dengan perbezaan agak besar. Tetapi sejujurnya SPM 2011 juga sukar diramal kerana pernah juga memotong SPM 2009 dan walau teruk berbanding SPM 2010 dlm ujian mac,2 exam selepas itu agak memberangsangkan.Menunjukkan walau mungkin tak atasi spm2009 tp boleh atasi spm2010(dah dpt atasi tahun lepas pun cikgu dah bersyukur) .

Adakah prestasi turun-naik ini cukup meyakinkan bg kecemerlangan SPM nanti. Boleh! yang penting teruskan usaha.
Graf Perbandingan SPM 2011







Sunday, July 3, 2011

Update News!

Jadual SPM dan Takwim Perancangan Unit Kurikulum 2011, jika tiada perubahan... Di ingatkan kepada semua guru-guru dan pelajar, sukatan perlu habis pada 22 Julai 2011.

Klik tab pages diatas ya!