Panitia Fizik SMSL membuka blog ini sebagai blog induk bagi melaporkan akltiviti-aktiviti berkenaan Panitia Fizik SMSL, medan rujukan P&P pelajar Tingkatan 4 dan 5. Dengan itu semua blog-blog lama akan di"link" melalui blog ini.
SELAMAT MELAYAR WEB-BLOG INI.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI.JUMPA LAGI

Tuesday, August 23, 2011

Gred Purata Dan Target SPM Fizik 2011 Sekolah, Untuk Renungan Bersama

GRED PURATA DAN TARGET
Tahun 2011 mensasarkan SPM Fizik dalam G.P sekitar 2.14. Nilai GP yang semakin rendah, adalah semakin baik. Untuk SPM 2010,tahun lepas kita SMSL Fizik hanya mendapat 3.97, suatu jumlah yang agak besar bagi sebuah sekolah SBP. Pencapaian terbaik dan dijadikan benchmark bagi SPM (sistem gred baru) ialah pada tahun 2009 iaitu 2.96. Maka, jika target 2.14 tercapai...anda SPM 2011 telah memecah rekod!

Walaubagaimanapun, SPM 2011 agak jauh sebenarnya untuk memintas SPM 2009. Jika dilihat graf 4, SPM 2011 telah 2 kali dipintas dalam ujian dalaman sekolah dengan perbezaan agak besar. Tetapi sejujurnya SPM 2011 juga sukar diramal kerana pernah juga memotong SPM 2009 dan walau teruk berbanding SPM 2010 dlm ujian mac,2 exam selepas itu agak memberangsangkan.Menunjukkan walau mungkin tak atasi spm2009 tp boleh atasi spm2010(dah dpt atasi tahun lepas pun cikgu dah bersyukur) .

Adakah prestasi turun-naik ini cukup meyakinkan bg kecemerlangan SPM nanti. Boleh! yang penting teruskan usaha.
Graf Perbandingan SPM 2011







Sunday, July 3, 2011

Update News!

Jadual SPM dan Takwim Perancangan Unit Kurikulum 2011, jika tiada perubahan... Di ingatkan kepada semua guru-guru dan pelajar, sukatan perlu habis pada 22 Julai 2011.

Klik tab pages diatas ya!

Thursday, May 26, 2011

Belajar Cara Belajar

Peperiksaan Midyear lepas menyaksikan hampir separuh pelajar tingkatan 5 tahun ini, masih terkial-kial dalam mempelajari matapelajaran Fizik. Mereka masih lagi memberi alasan tidak tahu atau tidak pandai belajar Fizik.
Sememangnya matapelajaran ini agak sukar untuk difahami jika anda tidak memfokuskan perhatian kepada apa yang patut diberi perhatian dan juga jika "cara belajar" yang salah. Sebenarnya sejak dari tingkatan 4 lagi guru-guru telah cuba menanam pada mereka macamana untuk berjaya dalam Fizik dan cara belajarnya. Satunya ialah melalui "Strategi Markah Minima."

Kelemahan yang di lihat adalah, pelajar tidak memahami konsep membuat peta minda. Ada antara pelajar menyalin / diberi oleh guru semasa P&P peta minda berkenaan, namun "memeram" peta minda itu. Anda sepatutnya memahami setiap konsep fizik dalam peta minda berkenaan dan cuba ulang-ulang membuat mind map tersebut. Ini untuk melatih anda supaya tidak sesat/lost dalam fizik.....contoh sesat, pressure moves the object-ada yang masih tidak paham bahawa pressure dan force ialah kuantiti berbeza!!

Kepada beberapa pelajar tingkatan 5 (2011), adakah anda ingat slide diatas?Tahukah anda bahawa kami telah menunjukkan cara untuk menghadapi soalan Bahagian B dan C kertas 2 iaitu dengan membuat jadual. Juga untuk menghadapi kertas 3 bahagian B dengan menjawab mengikut format kehendak soalan,serta kita juga telah menulis semua experimental framework dan dimasukkan dalam fail biru(PEKA). Pada awal tahun ini, semua experimental framework dikeluar dari fail biru (PEKA) dan diberi pada anda semula...

Yang menjadi persoalan...adakah anda meneruskan amalan pada T4 itu, adakah anda telah mengkompilasikan semua kemungkinan soalan B dan C ? adakah anda mengumpulkan semua possible experimental form 5 dan juga f4(yang diberi awal tahun dulu...ke sudah hilang)??

MASIH BELUM TERLAMBAT....ubah sikap anda...mulakan kumpul soalan B dan C yang pernah dijawab dalam peperiksaan sekolah seperti Ujian Mei,Ogos 2010 dan juga ujian baru-baru ini...

Kepada mereka yang "hilang"

F4MEI2010 Soalan B&C
SKEMA
F4MEI2010 Soalan P3B SKEMA
F4OGO2010 Soalan B
F4OGO2010 Soalan C
f4OGOS2010 Soalan p3B
SKEMA F4OGO2010

Wednesday, February 9, 2011

SELAMAT DATANG...

Panitia Fizik SMSL membuka blog ini sebagai blog induk bagi melaporkan akltiviti-aktiviti berkenaan Panitia Fizik SMSL, medan rujukan P&P pelajar Tingkatan 4 dan 5. Dengan itu semua blog-blog lama akan di"link" melalui blog ini.
SELAMAT MELAYAR WEB-BLOG INI.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI.JUMPA LAGI.